Di tengah-tengah lonjakan kes baru-baru ini, “superbug” gonorea telah dijumpai. Berikut adalah antara maklumat yang perlu anda ketahui

Written by:

Yen Feng

Yen Feng

Yen is a freelance editor and yoga instructor at @yen.yoga on Instagram/TikTok and @yenyogasg on Telegram.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on telegram

ADVERTISMENT

Ramai masyarakat di England dan di seluruh dunia merasa cemas dengan kewujudan strain baru coronavirus. Varian baru dari UK dikatakan 50% lebih banyak berjangkit walaupun, mempunyai gejala yang kelihatan sama.

Tetapi ada satu lagi virus yang semakin meningkat di UK, dan ia adalah virus yang meningkat 26% dalam setahun sejak tahun 2018 iaitu tahap tertinggi sejak rekod bermula pada tahun 1918. Menurut Public Health England. Pegawai tersebut mengumumkan bahawa lonjakan itu disebabkan oleh lelaki gay dan biseksual, walaupun terdapat juga kes yang berlaku terhadap lelaki dan wanita heteroseksual.

Lonjakan serupa juga terjadi di Amerika Syarikat, dimana terdapat berita mengenai “gonorea super” yang dipercayai disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dalam merawat Covid.

Apa itu gonorea, dan bagaimana anda mengatasinya? Berikut adalah apa yang anda perlu ketahui.

Apa itu gonorea?

Gonorrhea adalah penyakit kelamin (STD) yang boleh menjangkiti kaum lelaki dan wanita. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada alat kelamin, rektum, dan tekak. Ini adalah jangkitan yang biasa, terutama dikalangan orang muda berumur 15-24 tahun.

Bagaimana penyebaran gonorea berlaku?

Melalui aktiviti seksual anda boleh dijangkiti gonorea dengan melakukan hubungan dubur atau oral dengan seseorang yang telah menghidap gonorea.

Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko dari terkena gonorea?

Satu-satunya cara yang sangat mudah untuk mengelakkan STD adalah tidak melakukan hubungan seks dubur atau oral. Ini termasuklah hubungan faraj bagi anda yang heterosexual atau bi. Sekiranya anda aktif secara seksual, anda mestilah menggunakan kondom dengan cara yang betul. Salah satu cara lain untuk selamat adalah dengan hubungan monogami jangkamasa panjang dengan pasangan yang telah diuji dan mempunyai keputusan ujian STD negatif.

Bagaimana saya tahu jika saya menghidap gonorea?

Sebilangan orang yang dijangkiti gonorea kemungkinan besar tidak mempunyai gejala sama. Walau bagaimanapun, biasanya terdapat dengan cara berikut untuk mengenalpasti gejala genorea:

  • Rasa nyilu ketika membuang air kecil;
  • Keluar Bendalir putih, kuning atau hijau melalui zakar;
  • Bengkak pada testis atau sakit (walaupun ini jarang berlaku).

Jangkitan rektum pula mungkin mempunyai gejala atau tidak termasuk pada lelaki dan wanita. Contoh gejala tersebut adalah:

  • Keluar Bendalir;
  • Gatal dubur; Kesakitan;
  • Kesakitan
  • Berlaku Pendarahan
  • Pergerakan usus yang menyakitkan.

Sekiranya anda mempunyai simptom ini, segera berjumpa doktor! Anda dan pasangan harus diperiksa oleh doktor, jika anda menyedari bahawa dia juga mengalami sakit luar biasa, pelepasan berbau, atau jika dia mengalami rasa nyilu ketika membuang air kecil.

OK, jadi apakah rawatan untuk gonorea?

Anda mesti berjumpa doktor untuk diberi ubat yang betul. Sayangnya, walaupun ubat antibiotik berjaya mengubatinya selama beberapa dekad, gonorea juga mempunyai ketahanan terhadap hampir setiap ubat yang digunakan untuk rawatan. Harus diingatkan bahawa walaupun ubat akan menghentikan jangkitan, ia tidak semestinya akan memperbaiki kerosakan kekal yang disebabkan oleh penyakit ini.

Secara umumnya, ujian penyembuhan dan ujian susulan haruslah dilakukan untuk memastikan jangkitan berjaya ditangani walaupun tidak diperlukan untuk jangkitan genital dan rektum. Namun, jika simptom anda berlanjutan lebih dari beberapa hari setelah menerima rawatan, anda harus kembali bejumpa doktor untuk dinilai semula.

Disebabkan jangkitan semula adalah perkara biasa, anda juga harus menjalani ujian semula setiap tiga bulan setelah rawatan jangkitan awal untuk memastikan selamat.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana sifilis meningkat di kalangan lelaki gay.

Same Author

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Newsletter

No spam, notifications only about new articles.